Wednesday, February 27, 2013

PERGINYA SEORANG SAHABAT


Assalamualaikum..

Hye sume ape kabar?? Lame tidak bersua..semoga baik2 saja yer..berbalik pada tajuk kali niyh mengenai perginya seorang sahabat yang telah dipanggil mengadap Illahi pada 25 Feb 2013 ketika berumur 22 tahun akibat kemalangan kereta motor di Kuala Kangsar, Perak. Dalam usia yang muda dan sememangnya mati itu tidak mengenal usia, mahupun yang tua atau muda. 
Masih terngiang saat bergurau senda dengan sahabat arwah Muiz ketika menjalani latihan persiapan akhir ke AUG LAOS 2012..toke teka teki gamaknye, disebabkan arwah seorang yang menjadi penyeri kepada team, ketua sorak..namun, semua itu hanya tinggal kenangan.. Kenalnya sudah lame tapi rapatnya baru sebentar..
Arwah lah yang pemberi semangat, keyakinan dan dorongan.. Ct pernah kecewa dengan skill ct yang hilang akibat kecederaan ketika kejohanan sukipt..namun, arwah tampil beri semangat, tunjuk ajar walaupun hanya kata2 biasa dengan berbekalkan teknik asas..
Sahabat, dikau telah dipanggil dahulu mengadap-Nya. Berbahagialah sahabat di alam sana. Semoga sahabat ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Hanya doa yang mampu ku berikan buatmu sahabat. Al-Fatihah ..


  






Sahabat Arwah Abdul Muiz Abdul Razab
(1991-2013)




p/s : Perginya meninggalkan seribu kenangan..Terima kasih sahabat.. (^__^)



Wanna Cit Cat Write Cini

Wednesday, February 20, 2013

Dont Give Up




Assalamualaikum..

Hye sume. Ader mase lapang x? Mari jengah blog ct kejap. Hihi J Guro jer. Kali ni ct nak cakap sal satu pegangan yang telah ct buat iaitu jangan mengalah atau dont give up. Nak tahu x sebab ap, ni sebab kecederaan ct la. Pegangan ni timbul lepas ct tonton satu cerita korea. Mungkin ader yang cakap, ala itu kata-kata kosong je. Siyes ct tengok citer pun time ct xboleh tido akibat kesakitan yang ct alami. Masa tuh ct sedar yang ct xboleh mengalah dengan mudah. Ct bukan patah tangan ataupun hilang tangan, cuma cedera dibahu je. Sedangkan orang yang cacat anggota pun masih tidak putus asa dalam mengharungi hidup.


Ct Cuma ditegah oleh sesetengah pihak untuk berhenti bermain je kan. Tapi betul ct cakap, mula-mula kena ritu mmg ade sesal gak coz xberhati-hati. Pastu bila pegi buat rawatan fisio, kne tegur untuk berhenti kejap dari bersukan. 


Ct nangis teruk masa tuh siap cakap diri ct ni xberguna langsung sebab xmampu nak buat ape2 dah. Mana tidaknya nak angkat barang berat dah x boleh. Sampai bila ct nak buat kerja ringan je kan. Tapi citer korea tuh dah menyedarkan ct betapa ct x boleh terus menyerah kalah. (^__^)

 



p/s: tiada perkara yang mustahil dalam dunia ini..pemikiran harus diubah.. :)

Wanna Cit Cat Write Cini

Suratan Hikmah

Assalamualaikum..

Hye..Apa kabar? Bagaimana perancangan tahun baru niyh..mesti byk perkara yang ingin dibuat kan..sekarang pun dah masuk bulan kedua dalam tahun yg baru ni..ader yang nak beli kereta, ader yang nak kawin..macam2..hopefully semua dapat kecapi apa yang diimpikan..InsyaAllah..Amin...Ok, berbalik pada tajuk kali niyh berkenaan suratan yang tertulis untuk ct..lepas tu ader hikmah disebalik setiap suratan itu..

Suratan yang mula ct terima iaitu lepas kejohanan sukan universiti Asean Laos ari tu, byk benda yang ct pelajari..Antaranya PERSAHABATAN, PERHUBUNGAN, KASIH SAYANG, HORMAT N DLL..mungkin ukhuwah yang dibina hanya sekejap tapi akan kekal selamanya.. ct bersyukur dpt peluang untuk mewakili MALAYSIA walaupun hanya pada peringkat universiti asean sahaja..bkn mudah untuk menjadi orang yang dipilih dari yang terpilih..namun begitu disebalik kegembiraan itu, ader terselit juga kedukaan..Bak kata orang ‘kegembiraan tidak boleh dipisahkan dengan kesedihan’..

Salah satunya ct mendapat kecederaan bahu yang membuatkan ct terpaksa berhenti bermain buat seketika..sayang seribu kali sayang, bawu nak maju n melangkah kehadapan dalam bidang sukan yang amat diminati ini dah kena berhenti..ct ambil positif dengan tegahan dari doktor dan rakan2..nasihat n kata2 mereka sememangnya benar disebabkan umur ct yang masih muda..masih jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuhi..jadi apa yang penting sekarang adalah kesihatan yang perlu diutamakan.

Suratan yang telah tertulis buat ct, ct terima dengan redha dan ikhlas..kerana ader hikmah disebalik suratan ini. Lagipun buka sem baru nanti merupakan sem akhir ct dalam pengajian di UiTM. Fokus yang amat lebih perlu ditumpukan pada pelajaran. Jadi berhenti bermain buat seketika mungkin adalah satu keputusan yang baik buat diri ct. Satu nya, demi kesembuhan bahu ct. Keduanya, demi pelajaran yang akhir menjamin masa depan. Ct nak graduat dengan cemerlang. Doakan ct ye kawan2.

p/s : kwn baik cakap lepas dah baik bahu n habis belajar, boleh main balik. InsyaAllah (^__^) 
Wanna Cit Cat Write Cini