Sunday, May 27, 2012

Kejohanan Sukan IPT-IIUM (PETANQUE)

Assalamualaikum...

kami (^__^)

Hye sume..lme btul ct xupdate blog..bukan taknak update tp tiada kelapangan waktu untuk mengarang ape2 cerita..pdahal byk je agenda yang ct nk kongsi ngan sume..berbalik kepada tajuk entry kali niyh berkenaan dengan satu kejohanan yang telah ct ikuti iaitu Kejohanan Petanque Peringkat IPT-IIUM...kejohanan yang dianjurkan ini adalah bertujuan untuk mencari bakat2 pentonis di universiti dan poli serta bagi membuat pemilihan untuk AUG (Asean University Games) yang bakal berlangsung di LAOS pd Disember tahun ini..
Pada mulanya, ct amat keberatan untuk menyertai kejohanan ini memandangkan jadual belajar yang amat padat namun demi UiTM diHAtiku, ct berkorban dan mengambil risiko dengan ketidakkehadiran ke kuliah selama 3hari..untuk kejohanan ini, kami pelajar UiTM di kumpulkan di kampus induk iaitu Shah Alam tempat ct belajar..jadi mudahla ct nk berulang alik dr kuliah sementara pada waktu petang menjalani latihan bersama pelajar dari kampus lain...Untuk kesempatan inilah kami ambil peluang bagi beramah mesra dengan pelajar dari kampus lain iaitu dari Arau, Merbok, Dungun, Permatang Pauh, Sarawak, Johor dan Melaka...jadi tidak rugilah ct berkorban demi bersama-sama rakan seperjuangan lain yang sanggup untuk turun padang demi UiTM diHatiku..
Selama berkampung di IIUM, Gombak..pelbagai karenah dan ragam yang ct alami dan lihat...walaupun jadual kami ketika disana amat singkat tapi jalinan ukhuwah yang terjalin antara kami amat dekat dan rapat seperti adik beradik..ari pertama kejohanan bermula, pasukan UiTM telah mendapat satu pingat perak dari acara ‘Shooting’ wanita..seterusnya, pingat perak kedua n ketiga diperolehi pula dari acara double lelaki dan wanita...namun begitu, pasukan UiTM masih tidak menyerah kalah dalam memburu pingat emas di kejohanan ini..sehinggakan ketika pemain sedang beraksi didalam gelanggang, kami sempat menyanyikan lagu UiTM Dihatiku demi menaikkan semangat rakan seperjuangan yang sedang berjuang didalam gelanggang..hihi..lawak betul time niyh..akhirnya, kilauan emas pertama dapat dicapai dari acara single lelaki..dan single wanita pula hanya mampu berpuas hati untuk pingat perak...jumlah kutipan pingat pada ketika ini didahului oleh MSP(Majlis Sukan Politeknik) dengan kutipan pingat sebanyak 2emas, 1perak, 1gangsa manakala UiTM pula 1emas dan 3perak.
Tetapi, kejohanan masih belum berakhir kerana acara triple blum lg bermula n tiba giliran ct la pula untuk beraksi..hihihi..yela, xsyok tengok rakan2 lain dh genggam pingat tp diri sendiri belum menyumbang apa2..jd kini terserah kepada ct ngan partner dalam memilih pingat ap yang hendak disumbangkan kepada UiTM..bagi kami semestinya emas la..huhuhuhu..Alhamdulillah, pasukan ct dengan triple lelaki akhirnya berjaya masuk kepusingan akhir..debaran amat dirasai kerana tanggungjwab dalam menyumbangkan pingat emas sedang digendong oleh kami berenam..bak kate pemain single atau rakan kami, “can u all follow me”..huhuhu semestinya kami jawab, “we will follow u”.. (^__^)..amanat terakhir disampaikan oleh Abg Syafiq selaku jurulatih A.K.A juruletih..kahkahkah.. =D ...pesanan dari beliau “pingat dh ader dalam tgn, cuma nk pilih warna sahaja..jd main bukan kerana nk menang sahaja tapi pikir camne nk dapat mata tuh..dan jgn terlampau enjoy..relax saja n all out coz ni game akhir kamu..”n diakhiri dengan satu sorakan semangat bersama..acara akhir pun berlangsung..
kalau nk cerita setiap detik kat sini, comfirm sampai sok pn xabis..tp yg mampu ct rangkulkan..finally, kami berjaya menyumbang 2pingat emas yang terakhir utnuk team kami..huhuhuhu..walupn ditegur muka time main xda darah sekalipun..dh x ambil kisah apabila sudah berjaya mendapat pingat..Syukur Alhamdulillah...berakhirnya acara akhir triple yg dijalankan seperti sukan asia td, maka pungutan pingat bagi UiTM telah bertambah dan seterusnya membuatkan UiTM naik satu anak tangga iaitu pemenang keseluruhan dengan membawa 3emas, 4perak..tahniah kepada semua rakan seperjuangan..disini ct titipkan dengan gambar2 kenangan di IIUM...(^__^)



kami di Sunway Pyramid


Penungguan Acara 'Shooting'

All Pentonis IPT






sye n partner yg sedang beraksi

Shooter 

Shooting Wanita (Pingat Pertama)

Double Lelaki

Double Wanita

Single Lelaki (Emas Pertama)

Single Wanita

Triple Lelaki

sye wif partner ats stage..hepi..(^__^)

Shooter Triple lelaki wif pingat

team wanita UiTM

pingat kami



kami wif coach

UiTM DiHatiKU




p/s:ukhuwah yg terjalin amat dirasai walupn hanya bersua selama seminggu..semoga ukhuwah ini berkekalan hingga akhir hayat..aminn..(^__^)


Wanna Cit Cat Write Cini

No comments: